Feb 19, 2017

SEMESTER 6 PELAJAR SEPARUH MASA UITM

Assalamualaikum. Hye guys!

Semalam result semester 5 keluar. Alhamdulillah. Everything goes well. Walaupun tak seperti yang aku harapkan, but still bersyukur. Sebab so far belum pernah lagi dalam kamus hidup aku, repeat paper. This is what i am really afraid to be happen. Repeat paper. Sebolehnya aku cuma fikir, jangan lah bagi fail. At least lulus pun dah bersyukur 44 hari 44 malam. Hehe


Kalau ada antara korang yang rasa,


"Rilex lah. Kalau failed pun, repeat je lah. Bukan mati pun."

Yes, of course I know. Lama sangat dah tahu fakta tu. Aku tak adalah tak sanggup terima kenyataan. Bagi aku, okay jee. Sebabnya untuk kita rasa pahit manisnya kehidupan ni, inilah yang aku kena hadapi.


Tapi aku bersyukur sangat. Alhamdulillah. Zaman diploma dulu aku memang gila 'A' and kalau boleh every semester aku nak A saja. Honest. Lagi best A+. Nampak tk nampak tamak kat situ. Haha. And alhamdulillah Allah bagi aku merasa semua kegembiraan tu. Wah! Memang aku rasa ni zaman kegemilangan aku la. Gitew.


And time flies. Day by day. Week by week. Month by month. Year by year. Now aku pun dah pernah kerja dan ada kerjaya sendiri sekarang walaupun ini bukan kerjaya tetap aku lagi. Pejam celik pejam celik, aku dah kerja hampir 2 tahun.




  • 2011 - 2014 | Diploma In Accountancy
  • 2014 | Mula kerja hampir 1 tahun 6 bulan
  • 2014 - Present | Mula study dalam Bachelor In Accountancy dan masih belajar lagi sampai sekarang
  • 2017 | Dah pernah ada experience dalam 3 different industry


Selalu orang akan kata aku tak akan kekal sebab jumping kerja terlalu kerap. Terpulang pada pendapat masing-masing untuk judge my experience. Tapi, bagi aku. As long as I know my own reason dan bekas majikan aku boleh terima walaupun at first sedih lah sebab terpaksa lost pekerja yang rajin, berdedikasi dan berwibawa macam aku. Haaa, gitew. Haha



Kita masing-masing ada hak untuk berbuat sesuatu perkara dalam hidup ni. As long as kita berfikir secara rasional dan kita buat untuk maslahat semua. It's okay! Teruskan. You are yourself! Yes. Come on! Move on!



Actually aku macam tak percaya sangat sebab dah hampir 3 tahun aku study akaun di UiTM dalam mode part time. Seriously! And now subjek yang tinggal untuk aku daftar adalah 8 subjek lagi. Masa mula-mula belajar, kemain tau ambil 4-5 subjek. So far subjek paling banyak aku ambil adalah 5 kot. Aku rasa tu yang paling heavy lah. Dan masa tu result pun makin lama makin merudum. Hahaa. 


- Honestly, 2 tahun terawal tu memang aku sangat lifeless -
Tidur tak cukup, makan tak kenyang, hidup terasa diperjudikan sangat. Yes, truly. This is my experience. Masa tu memang tamak. Sebab rasa macam aku ni power gila lah boleh bawak banyak macam tu dalam keadaan company pertama aku kerja dulu. Dengan closing semua. Jujur, aku tak ada hala tuju. Masa tu dalam fikiran aku, nak let it go .. Let it go. Tapi, syukur. Sebab aku ada mak yang sentiasa support aku. Even sekecil-kecil hal, dia ada. Sobss 😭



And time by time, result drop sampailah sem 4. Baru aku sedar apa makna planning. Baru jumpa jalan kebenaran, orang kata. Haha. Tu yang sekarang slow down sikit ambil paper tu. Tak heavy sangat. Dalam 3 subjek se-sem. Aku sedar aku bukanlah bijak mana, cuma mengharapkan ihsan dari Dia untuk bantu. Rezeki. So, now. Alhamdulillah. Another 3 semesters to go! You can do it Kin! Korang doakan aku tau supaya sampai ke penghujungnya walaupun lambat satu sem. Bukan drop tapi drag subject sebab tak mampu bawak banyak dah. Hihi.



Nanti aku sambung lagi pengalaman aku study part time ni okay. See you! πŸ’˜


Nak sambung update story kat blog bisnes ni. Banyak tips nak share kat korang. Jemput singgah yaa.l


Feb 13, 2017

REDHA ITU KAN TANDA SYUKUR

Assalamualaikum 🌹


Mungkin ada dalam kalangan korang yang Allah kurniakan sesuatu yang orang lain tak ada. Dan mungkin apa yang korang tercari-cari, terkejar-kejar dan tak pernah henti mencari. Even kau lelah nakkan sesuatu tu, padahal benda yang kau nak sangat selama bertahun-tahun tu dah ada dah pun pada orang lain or nak lagi dekat, dah ada dah pun pada sahabat baik korang.

Perkara tu mungkin tak selalu terjadi pada korang. Tapi, mungkin hal ni selalu jadi kat sahabat korang. Siapa tahu? Dalam diam, sahabat korang mengagumi apa yang kau miliki. Pernah terfikir?


Atau pun mungkin korang ni jenis,

"Eh, ada ku kesah?"


Atau mungkin korang jenis suka tolong orang sebab orang tak ada apa yang kau ada sekarang? So sweet korang ni. 😍


Tapi, ini fakta. Tak semua orang sanggup kongsi apa yang dia ada dan lagi bermegah dengan apa yang dia ada. Haaa, yang macam ni ramai. Cuma mungkin korang tak nampak. Allahu. Moga kita semua dijauhkan daripada tergolong dalam golongan yang macam ni. Yang rasa macam apa yang kita dapat ni atas usaha kita seorang.


TAK. Kita dapat semua ni sebab bantuan daripada orang lain juga. Allah bantu kita melalui orang lain. Kekayaan yang kita dapat selama ni sebenarnya ujian je untuk kita. Nak tengok kita guna kekayaan dan kesenangan ni untuk bantu orang atau untuk diri sendiri dan bermegah-megah dengan orang.




Tapi, ujian tak semestinya pada orang senang atau kaya je, orang miskin pun kena uji juga. Uji dengan kemiskinan lah. Macamana kita treat dengan ujian kemiskinan yang Allah bagi ni. Kita redha atau menyalahkan orang lain. Kita malas berusaha ubah masa depan diri atau berusaha untuk jadi kaya supaya dapat bantu orang lain?



"Yang mana satu kau rasa?"


Okay back to the story. Sebenarnya apa yang Allah plan dan buat untuk kita sebenarnya adil. Adil dan saksama. Masha Allah. Rancangan Allah sebenarnya tak pernah silap.



Ada orang yang diberi kebahagiaan suami atau isteri yang baik.
Kahwin dah 10 tahun, tapi masih belum ada anak.

Ada orang yang dah kahwin 20 tahun, ada anak ramai.
Tapi semuanya bermasalah.

Ada yang punyai anak sikit, kaya raya.
Tapi tak bahagia.

Ada yang ada anak ramai, hidup serba kekurangan.
Tapi bahagia sentiasa bersama mereka.

Ada yang baik, sentiasa baik terhadap orang.
Masih tetap kena benci dengan keluarga.

Ada yang kurang baik, sentiasa melakukan perkara jahat.
Tapi hidupnya bahagia. Allah uji dengan kebahagiaan.

Ada yang sentiasa dibenci masyarakat.
Tapi, Allah bagi dia nikmat dan rezeki yang melimpah ruah.



Nampak ketersusunan peristiwa dan hikmah rancangan Dia? 😍
REDHA KAN TANDA SYUKUR!



Allah tak pernah tak adil. Allah Maha Adil.
Apa yang aku rasakan sekarang, aku rasakan Allah adil. Maha Adil. Walaupun orang sekeliling melihat aku yang bahagia, gembira, tenang dan semacam tak pernah ada masalah. Tapi, cerita di sebaliknya Allah saja yang tahu. Buat apa kita sedih kalau kita sebenarnya ada 1001 sebab untuk kita kecapi bahagia? 😊


Selalu dengar tak quote Puteri,
"Hidup cuma sekali, so kita enjoy!"



Bagi aku, tidaklah nak enjoy sangat kan. Hahaa Takut terlebih enjoy sangat sampai lupa yang kita ni hidup tak lama. Haha. Bagi aku, apa pun yang Allah bagi dalam hidup kita ni, tak kiralah sakit ke, sedih ke, kecewa ke, geram ke, benci ke atau lain-lain negative vibes yang mungkin berlaku, aku anggap benda ni pinjaman sementara je. Kalau kita rasa kita benci seseorang, kita ingat balik. Siapa yang buat kita jadi benci macam tu? Siapa yang bagi kita rasa perasaan benci tu? Siapa juga yang letak kita sebagai pelakon utama cerita tu?



Semua tu kan Allah punya. Dia yang bagi peluang kita merasa perasaan tu. Dia ada HAK tu. Allah yang punya. Dia bagi pinjam kejap je rasa tu 😊 Bila kita dah tak mampu nak tanggung semua rasa tu. Kita pulangkan balik rasa tu pada Dia. Kan ke dia bagi pinjam aje kejap. Buat apa nak simpan lama-lama. Trust me, bila kita simpan duri, kita sakit. Bila kita pulangkan balik duri tu pada pemilik duri sebab kita dah tak sanggup tahan sakit tercucuk duri, kita tenang. Kita bahagia. Kita happy.



Dah! Jangan percaya apa aku cakap. Bukan berguna pun untuk korang.

Korang jangan percaya pun aku cakap ni.
Korang buat dulu!



Salam Maghrib dari Damansara chuolls! Ustajah Cikin nak solat dulu. Kikii


 

Template designed by RRAI | Hak milik Mawar Assufi | All rights reserved